Jun 13, 2009

Bersama PERINTIS 2009 - Part IV

Sejarah Tercipta….

Perjalanan mengambil sarapan terasa agak jauh sebab salah jalan dengan kata lain kitorang tersesat hehe patut le rasa jauh gile. Saya ingat Sport tahu dan Sport ingat saya tahu, elok le…lepas tepon kawan tanya nasib baik da exit yang kitorang leh ke sana walaupun kena bayar tol RM0.80 gak. Tapi keadaan area selepas tol tu macam tak terurus bersepah macam jalan tinggal jek. Sekali lagi terasa tersangat jauh macam nak balik ke KL lak pemandangannya. Mengisi kesunyian juga tuk hilangkan sisa mengantuk, layan mengarut dengan orang sebelah yang belum mandi pagi haha…

Kitorang sampai ke gerai makcik tu sume makanan dah siap dipack, sekejap je kitorang dah bergerak balik ke resort. Walaupun begitu masih lagi terlambat dari waktu sepatutnya breakfast dihantar. Hampir kul 8.45 pg baru sume orang dapat sarapan. Sorry guys….jadual AGM pun dianjak ke pukul 9.15 pg supaya sume dapat menikmati makanan dengan tenang.

Setel bahagikan makanan saya balik ke bilik, makan dan bersiap tuk ke AGM. Saya respek betul ngan ST sebab dia selalu on time dan selalu juga kena menunggu yang lain. Sikap yang patut saya contohi, sejak kebelakangan ni saya memang selalu lambat. Pegi kerja lambat, janji ngan orang pun selalu lambat tapi nasib masih baik. Mungkin sikap penakut yang menyelamatkan saya, bukan apa kalau lambat punch kad saya selalu “ganti” dengan balik lambat. Agaknya sebab tu ofis manager masih belum kuarkan apa-apa surat setakat ni.

Lebih kurang pukul 9.25 pg saya sampai ke Auditorium tempat dimana satu sejarah baru akan tercipta. Seketika kemudian Eizs pulak muncul. Sementara menunggu sume PERINTIS tiba, Sport sempat hulurkan air kotak dan Azam lak bahagikan gula-gula Hudson pada yang ada. Suasana di auditorium tu sangat selesa dan bersesuaian dengan gahnya AGM kite. Kira-kira pukul 10 pagi AGM @Lambaian yang pertama berlangsung dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, AJK Penaja iaitu En. Nadzrul.

Rasanya saya tak nak menyentuh details AGM, kita tunggu Presiden Alumni Lambaian Masyarakat, En. Adam tuk umumkan. Waktu AGM berakhir dan sume keputusan dicapai saya berasa begitu terharu dan bangga sekali, apa yang dimpi dan diusahakan sejak hampir 2 tahun lepas akhirnya telah menjadi kenyataan. Waktu tu saya teringat pertama kali kami berkumpul berbuka puasa di Vistana Hotel, disitulah idea menubuhkan alumni Lambaian disuarakan.

Kini perjuangan kita akan bermula sekali lagi dengan membawa kenangan dan tanggungjawab baru kepada @Lambaian. Sejarah ini pasti tidak akan tercipta tanpa usaha keras dan komitmen setiap AJK Penaja dari awal iaitu Adam, Sport, Ayu, Azwar, Abg Gap, Ikin, Ain, Usop, Pilo dan juga sume Alumni Lambaian dari batch 1997 hinggalah ke batch 2005


Penghargaan peribadi…

Ada ketika bila berdepan dengan masalah, pernah juga saya hampir hilang semangat. Alhamdulillah saya ada dua orang bestfren yang selalu mengembalikan semangat saya dengan sokongan, nasihat dan pendapat mereka. Susah untuk saya mencari pendengar yang baik seperti Tek (walaupun dia bukan alumni UTM, jauh sekali Lambaian tapi pandangannya selalu membantu saya melihat masalah dari perspektif yang berbeza kerana dia tidak melihat dari skop yang sama kita melihatnya) dan juga Kak Easy. Terima kasih yang tak terhingga atas segala-galanya kerana tanpa korang berdua saya tak akan sekuat ini menghadapi dugaan yang datang.

Tidak ketinggalan kepada Adam dan Sport, dua orang penasihat yang tidak lokek membantu bila berkait dengan PERINTIS 2009 terutamanya, terima kasih atas pandangan dan teguran. Sangat berbangga dapat berkongsi pengalaman dan usaha keras ini bersama korang.

Adam, ko memang dah jauh berbeza dari yang aku kenal sebagai pengarah KLM yang paling garang dan tegas. Kalau da orang kata ko garang lagi memang aku gelak terguling-guling le pasni.

Sport, dulu aku tak kenal ko sangat tapi aku perasan sikap senang menolong ko tu tetap tak berubah. Thanks coz banyak tolong aku terutama bab transport hehe

Semua yang bersama-sama di Glory Beach Resort pada 6 dan 7 Jun lepas terima kasih kerana telah meng’happening’kan hujung minggu saya. Segala kekurangan dan kelemahan program tersebut haraplah dapat dimaafi.

Dan pada sume alumni Lambaian yang telah memberikan respon positif kepada usaha ini saya ucapkan berbanyak terima kasih. Maklumbalas dari kawan-kawan adalah pemangkin dan pembakar semangat buat kami jadi selepas ini harap kita dapat selalu berhubung demi mengekalkan ukhwah yang terbina ini.

PERINTIS 2009 telah berakhir tapi akan kekal menjadi Sejarah paling bermakna buat @Lambaian.

Sekian dari “kaca mata” saya : )

Jumpa kawan-kawan di program seterusnya nanti….

3 comments:

  1. Err.. aku pernah garang? Masa bila ek? Hahah.

    Perintis sudah selesai. Jadi sekarang @Lambaian pula. Jom.

    ReplyDelete
  2. Aku kan AJK pengankutan seumur hidup... hahaha... Thanks kat ko gak, dasyhat gak usaha ko nak idupkan @lambaian ni... Yup, betul kata adam tu. jom.

    ReplyDelete
  3. Adam...dulu ko slalu wat muka serius aka garang
    A'ah jom kita havockan @Lambaian laks

    Nadzrul...ko mana leh jd AJK pengangkutan seumur idup. Dah kawin nanti mesti x muat dah nak angkut org, ko kan nak kejar azam hehe
    Aku da kwn2 yg dahsyat mcm korang mahu kena usaha lebih! Tgk lak sape Presidennye haha

    ReplyDelete