Oct 4, 2012

Bila guna Jalan yang bukan harta sendiri...sila jaga adab


Selalu sangat terkena...geram...geram...

Dalam kawasan universiti pun tak ada bezanya....

Kalau sebut orang universiti mesti terfikirkan orang yang bijak dan imej yang bagus-bagus....

Tapi realiti tak seindah itu, ada juga yang tak punya adab....yang bijak, cerdik, bagus ini selalu juga disebabkan nak cepat, sibuk or rasa dia saja orang penting pun boleh jadi orang yang tak beradab....

Diorang ini pun boleh suka-suka hati parking tepi jalan sampai menyusahkan orang lain nak lalu....

relax saja berhenti tengah-tengah jalan sebab nak ambil orang...muka masam mencuka!

tak penting pun nak bagi signal masuk junction....lantaklah ada yang hampir2 terbabas nak elak kereta dia yang konon besar tu....

block kereta orang sebab nak pergi bank kejap....yealah orang lain tunggu lama pun tak apa  memang tak ada kerja pun duduk goyang kaki je!

tapi yang paling geram sekali kalau yang buat salah lepas tu buat muka macam orang lain yang salah...

Pernah hampir2 accident ketika melepasi trafik light sebab ada driver ni keluar susur laju je masuk lane, tak pandang kiri kanan....

Pertolongan Allah masa tengah lintas trafik light tu dah perasan ada kereta tu laju semacam je masuk ke susur...awal-awal dah berjaga-jaga tekan brek...kalau Allah tak gerakkan hati suruh pandang kereta tu tak tahulah apa nasib....

Elok je masuk depan kereta kita....muka selamba je...dalam hati geram je nak hon!!

Bukan nak kata kita ni baik sebab ada kala buat juga salah...tapi biar ada pertimbangan juga....

Dah jalan tu tak ada kereta....tak ada masalahlah tak nak bagi signal pun...
Dah confirm tak jejas orang lain tak jadi hal...
Tapi kalau libatkan orang lain boleh tak fikir dulu!

Kita ni bila nak parking yang block kereta orang walaupun sekejap rasa tak sedap hati dah...mula la fikir kalau tuan kereta tu nak cepat macam mana? mesti bengang, kalau kita jadi tuan kereta tu apa rasa?....dah elok tarik hand break, tak jadi terus cari parking lain...

Nak berhenti tengah jalan walaupun ambil orang sekejap, ada kereta nak lalu sengih sambil angguk kepala, ada kereta dekat belakang angkat tangan...tanda minta maaf, sekejap yea...10 saat pun kalau kena driver yang garang mahu kena sound! malu...malu...dah memang salahkan....

Memanglah peraturan manusia tapi kalau dah menyusahkan orang lain memang salah...kau ingat peraturan tu ada saja-saja ke?

Kalau dah buat salah tu, kurang-kurang angkat tangan or senyum ke sejuk sikit hati...

Dah makin beremosi nampaknya tulisan ni...ok berhenti takat ni jelah makin panas lak rasanya.

Sabar...sabar....أستغفر الله


No comments:

Post a Comment