Alhamdulillah.... :)
Akhirnya TRW berjaya menewaskan ATM dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2012...
credit gambar ni pada sinar harian...
credit gambar ni pada sinar harian...
Namun kegembiraan tidak datang dengan mudah, perlawanan yang berlarutan sehingga 124 minit itu memang mendebarkan. Rasa macam nak tercabut jantung menunggu tiupan wisel penamat, 4 minit terakhir tu asal ATM attack saja tutup mata hahaha tak tahan debaran nak tengok!!!!
Syabas juga untuk ATM yang membuatkan aku tak senang duduk, sampai ke saat terakhir mereka berjuang memang bagus betul semangat mereka. Ini baru dinamakan semangat kesukanan walaupun hampir-hampir ada insiden pergaduhan tetapi aku nampak rakan-rakan kedua-dua pasukan berjaya menenangkan sahabat mereka.
Aku rasa itu normal apabila berada dalam keadaan genting dan tekanan memburu kejuaraan untuk pasukan masing-masing.
Dalam cuak tu teringat abah kat kampung, selalunya kalau Kelate masuk final mana-mana Piala mesti abah & anak2 lelakinya akan plan pergi tengok kat stadium. Tapi kali ini cute giler masa semi final kedua aku tanya abah kalau Kelate dapat masuk abah nak gi tengok kat stadium ke. Abah jawab tak nak sebab dia kenalen. [Kenalen = berdebar]
Dalam gelak tu aku risau juga sebab umur abah dah masuk 58 tahun ada kemungkinan jantungnya dah tak sekuat dulu. Jadi kali ini kami tak beria pujuk abah pergi sebab bimbang kalau tekanan melihat perlawanan tersebut boleh memberi impak negatif kepada kesihatannya.

Tetapi alhamdulillah rezeki berpihak kepada Kelantan tahun ini bagi melengkapkan misi treble 2012.
Gol-gol yang telah disempurnakan oleh Mat Yo & Indra telah membawa kegemilangan buat Kelantan.
Terima kasih korang!!!! huh cakap luar hehehe...
Usai perlawanan terus telefon abah kongsi kegembiraan...lega dengar abah gelak besar.
Usai perlawanan terus telefon abah kongsi kegembiraan...lega dengar abah gelak besar.
Walaupun tahun ini cuma Aril sorang saja wakil keluarga kami yang sampai ke stadium Shah Alam tapi kemeriahannya tetap sampai ke hati apabila mendengar suara2 penyokong Kelate.
Dapat dibayangkan kemeriahan di stadium, teringat kenangan menjadi saksi kekalahan dan kemenangan TRW pada tahun 2009 & 2010...memang tak dapat dilupakan.
Apa yang sama adalah kehadiran puluhan ribu penyokong TRW yang datang dengan pelbagai ragam. Sungguh menghiburkan terutama apabila sampai ke stadium keluar saja dari tren disambut dengan tepukan gemuruh dari penyokong2 yang telah tiba lebih awal.
Terasa seperti berada di Kelantan bila di dalam tren terdengar usikan-usikan nakal dari ore-ore Kelate yang mengenakan kawan2 yang baru pertama kali naik tren. Ada yang konon cuba 'cakap luar' teruk dijadikan bahan gelak yang lain.
Bila sampai ke setiap station masing2 gembira bila nampak penyokong TRW lain dan saling menegur. Begitulah semangat kenegerian yang telah diterapkan dalam diri setiap anak Kelantan. Kita semua adalah saudara jadi kenal-tak kenal bukan masalah.
Suasana di perkarangan stadium pula meriah dengan ribuan penonton dan gerai2 yang terusun elok. Cuma apa yang tak seronok adalah kekurangan kemudahan di stadium. Pengalaman 3 kali (sekali final Piala FA) di Stadium Bukit Jalil memang mendukacitakan.
Rasanya pihak pengurusan sudah banyak kali melalui pengalaman final dan sudah tentu dapat mengagak bilangan penonton yang akan hadir. Sayangnya pengalaman tersebut tidak dapat membantu meningkatkan tahap pengurusan penganjuran.
Tong sampah yang disediakan tidak banyak, jika lebih banyak tong sampah disediakan mungkin dapat mengurangkan sampah-sarap yang bertaburan. Tong sampah patut diletakkan dalam jarak yang berdekatan dengan tempat penonton berkumpul dan dalam bilangan yang lebih banyak supaya dapat menampung keperluan bilangan yang hadir.
Jika yang hadir puluhan ribu tetapi nak cari tong sampah pun susah macam mana? Jangan salahkan penonton saja.
Lagi satu yang rasanya tidak padan dengan harga tiket adalah kemudahan di tandas. Dua kali berpengalaman tiada air dalam tandas dan kawasan tandas ditakungi air. Jika kemudahan yang disediakan setara dengan harga tiket mungkin penonton tidak akan merungut.
Tahun ini yang kelakar pada pandangan aku ketika sidang media sebelum perlawanan. Adoii taraf Piala Malaysia yang konon berprestij tu taraf atas kerusi je ke?
Tahun ini yang kelakar pada pandangan aku ketika sidang media sebelum perlawanan. Adoii taraf Piala Malaysia yang konon berprestij tu taraf atas kerusi je ke?
Macam ala kadar 'asal ada' saja tempat sidang media tu. Macam mana nak jadi macam EPL. Meja jamuan dekat pejabat aku lagi grand dari tu.
Hadiah untuk sharp shooter & best palayer pun alahai....main untuk satu musim dapat TV LCD & RM1500 saja?
Tak apalah tak nak spoil mood happy cerita menda tak best kan...
Walaupun tak pandai sangat nak pasal bola ni tapi aku pun ada harapan nak tengok Kapten TRW, pujaan hati adik bongsu aku si Ijat yang istimewa tu untuk menyarungkan jersi kebangsaan. Bila agaknya terbuka pintu hati Mr King nak panggil Piya wakili negara ya....
Ini gambar kenangan first time Ijat & abang Nazlinya jumpa Piya...terima kasih Piya sebab sudi layan budak ghemok ni...balik rumah sengih memanjang hahaha....
Ini pula hadiah yang disediakan oleh abang aku yang juga merupakan peminat setia TRW...macam-macam ragamkan kalau dah minat.
Sekali lagi tahniah buat TRW kerana berjaya menyempurnakan misi membawa pulang Piala ke-3 ke KB. Penghargaan juga kepada jurulatih & pembantu2nya serta pihak pengurusan yang bekerja keras menaikkan mutu bolasepak Kelate.
Tidak lupa kepada kerajaan negeri terutama TGNA yang sentiasa mendoakan kejayaan serta mengingatkan keselamatan serta kesejahteraan rakyat ketika perjalanan pergi-balik ke stadium. Kesanggupan memberikan cuti kerana memikirkan keselamatan rakyat serta pertimbangan ganjaran atas budi pahlawan merah menunjukkan kerajaan juga sentiasa menyokong TRW....
GOMO KELATE GOMO!!
No comments:
Post a Comment